Dr. Say Yakin ‘WHO’S YOUR BRO’ Bakal Jadi Program Kecergasan Paling Hit!

Dunia program realiti kecergasan di Malaysia bakal mencipta sejarah baharu dengan pengenalan ‘MASKULIN WHO’S YOUR BRO’ yang diumumkan dalam sebuah sidang media berlangsung di Astro, Bukit Jalil semalam.

Ia merupakan program TV pertama yang diaktifkan oleh MASKULIN di bawah naungan Nu Idektiv. Apa yang pasti program ini menjanjikan sesuatu yang segar, luar biasa, dan penuh cabaran!

Menampilkan 12 peserta dari pelbagai latar belakang, rancangan ini bakal menguji kekuatan fizikal dan mental setiap individu.

Salah satu perkara yang membezakan program ini daripada yang lain ialah keunikan konsepnya yang mengetengahkan commentator seperti yang biasa kita lihat dalam program variety dari Korea Selatan dan Jepun.

‘WHO’S YOUR BRO’ memperkenalkan tiga personaliti sebagai commentator tetap iaitu Dr. Say Shazril, Siti Khadijah Halim, dan Hariz Hamdan, yang masing-masing membawa perspektif unik dalam setiap episod.

Perspektif Commentator, Suara Penghubung

MASKULIN berpeluang menemubual salah seorang commentator, Dr. Say Shazril, yang terkenal sebagai pempengaruh kesihatan dan pakar kecergasan.

Menurutnya, peranan commentator bukan sekadar memberikan ulasan tetapi juga menjadi penghubung antara peserta dan penonton di rumah.

“Role saya sebagai commentator… mula-mula fikir program ni straightforward, tapi sebenarnya sangat menarik. Kehadiran Siti Khadijah beri perspektif berbeza dari wanita terhadap sifat kompetitif peserta,” jelas Dr. Say.

Tambahnya lagi, keunikan program ini terletak pada kepelbagaian peserta yang mencerminkan realiti kehidupan rakyat Malaysia.

“Ada abang kontraktor, abang nasi lemak, mat despatch… wow, this is something different. Orang Malaysia selalunya tengok paras rupa, tapi program ini tunjukkan yang lebih daripada itu.

“Bila tengok sendiri rancangan ni, apa yang saya boleh cakap bukan biasa-biasa,” katanya dengan penuh teruja.

Inspirasi Buat Lelaki Aktif

Bagi Dr. Say, “MASKULIN WHO’S YOUR BRO” bukan sekadar hiburan tetapi juga inspirasi kepada lelaki di luar sana untuk lebih aktif dan mencabar diri.

Program ini membuka ruang kepada pelbagai individu—tidak kira pekerjaan, rupa, atau latar belakang—untuk membuktikan bahawa kecergasan adalah tentang semangat dan daya tahan.

“Reaksi pertama saya, this gonna be a hit la. Program macam ni boleh galakkan lebih ramai lelaki aktif bersenam untuk mencuba nasib dan cabaran,” tambahnya lagi.

Bagi peminat kecergasan, drama, dan semangat berdaya saing, ‘WHO’S YOUR BRO’ bakal menjadi rancangan yang tidak boleh dilepaskan!

Saksikan bagaimana 12 peserta ini menempuh cabaran fizikal dan mental setiap minggu, diiringi ulasan dan perspektif unik dari commentator yang berpengalaman.

BACA: ‘MASKULIN Who’s Your Bro’, Program Realiti TV Tampilkan 12 Lelaki Perkasa Pelbagai Latar Belakang

Jangan lupa temu janji anda setiap Jumaat, bermula 29 November jam 9 malam di Astro Ria.

Bersiaplah untuk menyaksikan program kecergasan paling epik, penuh inspirasi, dan beremosi di Malaysia.

‘WHO’S YOUR BRO’ bukan sekadar rancangan, ia adalah platform untuk mengubah persepsi dan meraikan semangat lelaki sejati. Adakah anda sudah bersedia?

Untuk maklumat lanjut tentang ‘WHO’S YOUR BRO’ boleh layari www.maskulin.com.my/whosyourbro/!

#SiapaBroSiapaLawan

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply