Sultan Pahang Saran Haramkan Penggunaan Rokok Elektronik Sepenuhnya

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, budaya vape semakin meningkat naik sehinggakan golongan muda termasuk wanita tanpa segan silu vape di hadapan khalayak ramai kerana menyangka menghisap rokok elektronik itu tidaklah bahaya.

Malah, industri vape terus berkembang saban tahun dengan menjana berbilion ringgit.

Namun, penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan masyarakat terutama kanak-kanak dan remaja kain membimbangkan.

Penggunaan rokok elektronik atau vape Penggunaan rokok elektronik atau vape

Terbaru, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kini menyarankan supaya penggunaan rokok elektronik atau turut dikenali ramai sebagai vape untuk diharamkan sepenuhnya. Ia turut ditekankan yang mana rokok elektronik merosakkan kesihatan, selain menjadi antara punca utama golongan muda terjebak dalam ketagihan dadah.

Untuk makluman, mengikut agama Islam, JAKIM sedia berkongsi mengatakan hukum penggunaan rokok elektronik adalah haram. Disamping itu, sejumlah lokasi juga mengharamkan penggunaan rokok elektronik di Malaysia.

Sultan Pahang bertitah akan menyuarakan berkenaan pengharaman penggunaan rokok elektronik atau vape secara sepenuhnya ini kepada kerajaan.

BACA LAGI : “Itu Riba Namanya…” UAI Jelaskan Hukum Ambil Upah ‘Service’ Tukar Duit Raya!

Sumber : Sinar Harian 

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply