Nak merasa duduk resort dalam hutan, boleh ke Sementra Nature Resort, Gopeng. Bukan sahaja dikelilingi suasana pokok hijau tetapi ada sungai kecil berdekatan resort.
Risau jauh? Jangan risau, perjalanan dalam dua jam setengah sahaja jika anda dari Shah Alam.
Sementra Nature Resort
Masuk ke dalam area resort dari simpang utama lebih kurang 10km, anda akan jumpa banyak campsite dan resort/chalet lain sebelum sampai sini.
Anda yang suka berdamai dengan alam semula jadi, ini adalah pilihan staycation menarik untuk anda lepak dengan keluarga tersayang atau rakan-rakan sejiwa.
Suasana bilik memang terbaik, ada balkoni menghadap forest dan menghadap tasik. Tetapi televisyen dan internet ikut nasib. Kejap ada dan tak ada.
Minimalist, sesuai untuk anda yang suka dengan suasana lapang tidak serabut.
Jangan risau, tetap ada pool untuk anak-anak layan main air dan sungai pun ada. Lepas lah untuk celup kaki.
Makanan anda tak perlu risau, sarapan pun disediakan. Maklum lah, tempatnya agak ke dalam, jadi mungkin ada yang risau nak beli makanan susah. Tetapi jika nak bawa kudap-kudap lebih, pun bagus. Nak-nak anda yang ada anak kecil.
Layan rama-rama cantik sejenak, memang boleh layan mood bercuti dari kesibukan kota. Bersambung menjamu mata dengan suasana persekitaran bersih, bangun pagi boleh hirup udara segar.
Owh ya, tempat ini sesuai untuk anda bawa anak-anak merasa dunia camping. Nanti kalau balik Perak, singgah lah ya!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.