“Saya Dah Beri 110 Peratus Untuk Hamil…”, Michelle Yeoh Pasrah Tak Berpeluang Miliki Anak

Siapa yang tak kenal dengan bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, 62. Namun, di sebalik kejayaan besarnya, beliau mengakui bahawa tidak berupaya untuk hamil merupakan salah satu kesedihan terbesar dalam hidupnya.

Pengakuan itu diluahkan oleh pemenang Pelakon Wanita Terbaik Oscar 2023 ketika menjawab soalan mengenai cahaya mata dalam satu sesi wawancara baru-baru ini.

Dalam usia lewat 20-an ketika namanya sedang meningkat naik, Yeoh berkata dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Yeoh bagaimanapun menyedari dirinya tidak mampu hamil sepanjang mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Dickson Poon selama lima tahun pada 1988 hingga 1992.

Katanya, dalam hidupnya perkara yang menyedihkan adalah tidak dikurniakan zuriat.

“Barangkali ini perkara paling menyedihkan dalam hidup ini, iaitu saya tidak mampu memiliki anak sendiri,” katanya.

Namun, Yeoh bersyukur kerana meskipun ditakdirkan tidak memiliki cahaya mata, dia masih berpeluang menjadi ibu angkat kepada enam orang anak, termasuk anak perempuan bekas suaminya.

Meletakkan harapan lebih 100 peritus untuk hamil, namun di tabah dengan takdir dalam hidupnya.

“Saya tidak hidup dalam penyesalan sebab saya memberi 110 peratus (untuk hamil). Saya sudah buat apa yang termampu, namun, kadang kala ia tidak mencukupi.”

Yeoh yang berkahwin dengan Jean Todt yang juga ahli perniagaan dari Perancis pada tahun lalu, mengakui faktor kegagalan mendapatkan zuriat walaupun sudah menjalani rawatan kesuburan menyebabkan rumah tangga dengan bekas suaminya terdahulu musnah.

“Kami melakukan semua yang diperlukan untuk memiliki anak. Malangnya, saya tidak mampu.

“Bekas suami mahukan keluarga besar, bukan seorang anak lelaki tetapi dua atau tiga orang sebagai pewaris,” katanya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BBC Woman’s Hour (@bbcwomanshour)

Sumber: Malay Mail

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply