Suami Hanya Nampak Kekurangan, Pengorbanan Isteri Buat-buat Tak Nampak

Suami hanya nampak kekurangan, pengorbanan isteri buat-buat tak nampak. Dalam kehidupan berumah tangga, seorang isteri sering kali dianggap sebagai tunjang dalam keluarga.

Suami Hanya Nampak Kekurangan 

Tugas dan tanggungjawab mereka melangkaui batas waktu, dari memastikan rumah terurus, anak-anak terjaga, hingga menyokong suami dalam apa jua keadaan. Lebih menyedihkan, terdapat sesetengah suami yang mudah melihat kekurangan isteri tanpa mengambil kira pengorbanan mereka.

Namun, realitinya, pengorbanan isteri ini sering tidak dihargai seperti sepatutnya. Lebih malang lagi, kekurangan isteri kadangkala menjadi bahan bicara di hadapan orang lain, menghakis maruah mereka.

Pengorbanan Isteri Buat-buat Tak Nampak

Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin dan hadam baik-baik ya wahai suami sekalian:

Kadang-kadang kasihan juga dengan orang perempuan ini…

Boleh berdikari saja, terus dibiarkan buat serba-serbi sendiri…

Ada pendapatan, ada kemampuan, terus diambil kesempatan untuk lepas tangan…

Sanggup tanggung beban yang bukan kewajipannya, digasak sampai hilang kudrat dan tenaga…

Dari subuh sampai malam bertarung dengan kerja-kerja rumah, berjuang dengan perangai anak-anak… Baru duduk dekat sofa, suami balik kerja dan nampak, terus suami cakap,
“Untunglah boleh duduk saja…”

Orang tak tahu awak itu bangun pukul berapa untuk memulakan tugas sebagai isteri, sebagai ibu… Orang tak nampak awak itu basuh baju, sidai baju, lipat baju, kemas rumah, memasak, pergi pasar, ambil anak sekolah…

Dia tak nampak apa yang awak buat sebab dia tak ada dekat rumah…

Bila dia balik, dia marah sebab anak-anak tak mandi lagi… Bila dia balik, dia marah sebab rumah bersepah… Bila dia balik, dia marah sebab tak jemput dia depan pintu… Bila dia balik, dia marah sebab baju berbau, tak kemas, nampak selekeh…

“Kena cop tak pandai melayan…”

Suami tak pula pergi hidu badan isteri sudah bau apa, sebab apa… Suami tak pula ke dapur untuk tengok ikan yang sudah letak garam kunyit tapi tak sempat goreng lagi, kenapa…

Suami tak pula buka almari untuk tengok baju yang sudah isteri lipat, sudah susun, untuk siapa…

Tuntutan suami itu tinggi… Demand suami itu hebat… Sebab dia suami…

Dia letak isteri dekat kaki ke, dekat sisi? Dia jadikan isteri tu hamba abdi ke, permaisuri?
Kebaikan isteri, dia tak nampak…

Pengorbanan isteri, dia tak hargai… Kekurangan isteri disebut-sebut, dicanang-canang, diungkit-ungkit…

Pengorbanan Isteri Tetap Tak Nampak

Dia perfect…

Dia biar isteri bayar hutang dia, tak apa… Dia juga biar isteri beli keperluan harian, tidak apa…

Dia biar isteri uruskan anak-anak sendirian, tak apa… Dia tak membantu dalam kerja-kerja rumah, tak apa…

Tapi bila isteri lambat hidang air, lambat memasak, lambat jemput depan pintu, ini tak boleh…

Kalaulah “isteri” itu adalah satu pekerjaan, sudah ramai perempuan letak jawatan bila dapat bos yang hanya tahu memberi arahan, tapi tidak turun padang dan berkorban bersama-sama dengannya…

The best quotes that I still can remember in my mind is,

“Why good employee leave a company?”

Sumber: Firdaus Shakirin

Baca artikel lain juga: Suami Lebihkan Adik Perempuan, Sedih Bila Keperluan Isteri & Anak-anak Terabai

Suami Curang, Isteri Kerja Luar Negara, Tanggung Nafkah Keluarga, Saya Macam Kahwin Dengan Biawak Hidup

Suami Tak Mampu Bersama, Isteri Berhak Mohon Fasakh

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE 

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.

“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.

“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.

Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…

Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.

Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.

Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

 

 

 

 

 

 

 


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply