Ada ketikanya kita terpaksa bersolat dengan bayi yang terpaksa turut di bawa bersama-sama ketika solat. Pun begitu bagaimana caranya jika terpaksa mengendong bayi?
Bagi ibu atau bapa yang terpaksa bersolat sambil mengendong bayi, ini panduan untuk anda ikuti seperti yang dikongsikan.
1. Seelok-eloknya, bersihkan bayi yang akan didukung daripada sebarang najis terlebih dahulu. Tukar lampinnya dan carilah pakaian yang bersih supaya ia tidak menjadikan kita was-was ketika sedang solat nanti.
2. Memulakan niat solat seperti biasa sambil mendukung bayi.
3. Sewaktu takbiratul ihram, kedua-dua tangan tidak perlu diangkat dan tidak perlu diletak di atas pusat sekiranya kedua-dua tangan sedang mendukung bayi. Ini kerana, takbiratul ihram termasuk dalam rukun qauli (bacaan/lafaz) dan bukannya fi’li (perbuatan).
4. Baca Al-Fatihah seperti biasa dan surah pilihan jika keadaan mengizinkan.
5. Rukuk dengan tangan memegang erat bayi tersebut. Tidak perlu meletakkan kedua-dua tangan di atas lutut sekiranya ia di luar kemampuan anda yang sedang mendukung bayi.
6. Ketika mahu sujud, letakkan bayi di sebelah dan sujud seperti biasa. Selesai sujud kedua, dukunglah bayi semula sebelum memulakan rakaat seterusnya.
7. Ulangi langkah yang sama sehingga selesai kesemua rakaat.
Empat syarat perlu patuh
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Qatadah Al-Ansari R.anh beliau berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم كَانَ يُصَلِّي وَهْوَ حَامِلٌ أُمَامَةَ بِنْتَ زَيْنَبَ بِنْتِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَلأَبِي الْعَاصِ بْنِ رَبِيعَةَ بْنِ عَبْدِ شَمْسٍ، فَإِذَا سَجَدَ وَضَعَهَا، وَإِذَا قَامَ حَمَلَهَا
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W pernah menunaikan solat dalam keadaan baginda memikul/mendukung Umamah Binti Zainab Binti Rasulillah S.A.W, dan dia merupakan anak kepada Abu Al-‘Ash bin Rabi’ah bin ‘Abd Syams. Apabila baginda sujud, baginda meletakkannya. Dan apabila baginda berdiri, baginda mendukungnya- Riwayat Al-Bukhari .
Berdasarkan hadis yang telah disebutkan, jelas menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W memang pernah melakukan solat sambil memikul kanak-kanak. Namun, menurut JAKIM, ia juga dibenarkan untuk solat fardu atau sunat, dengan syarat-syarat berikut:
1. Bayi tersebut mestilah bebas daripada najis. Pastikan anda sudah menukar lampin bayi sebelum mula solat.
2. Mengawal pergerakan supaya tidak melakukan pergerakan anggota besar sebanyak tiga kali berturut-turut. Pergerakan lain juga perlu diminimakan sebaik mungkin supaya tidak menghilangkan khusyu’.
3. Memastikan dada sentiasa menghadap kiblat.
4. Melakukannya hanya dalam keadaan yang benar-benar memerlukan. JAKIM menegaskan bahawa adalah lebih baik sekiranya dapat memberi seseorang menjagakan anak semasa kita sedang solat.
View this post on Instagram
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.