Suzuki Raider R150Fi EWC1 Dilancarkan di Malaysia Inspirasi daripada Dunia Perlumbaan

AMITEC, sebuah bahagian penyelidikan dan pembangunan kejuruteraan sukan permotoran yang berada di bawah pengawasan AFY Mobility Industries (AMI), telah memperkenalkan motosikal terbaharu mereka untuk pasaran Malaysia, Suzuki Raider R150Fi EWC1.

Model ini ditawarkan pada harga yang menarik, RM8,988, tidak termasuk insurans, menjadikannya pilihan yang menarik bagi peminat motosikal di Malaysia.

Keunikan Suzuki Raider R150Fi EWC1 terletak pada rekaan grafiknya yang diinspirasikan daripada motosikal Suzuki  dalam perlumbaan World Endurance Series, di mana Suzuki telah meraih pelbagai kemenangan.

Daripada segi teknikal, tiada perubahan mekanikal yang dilakukan pada Suzuki Raider R150Fi EWC1 berbanding dengan model Raider R150Fi yang diperkenalkan di Malaysia pada Mac 2022.

Motosikal ini dilengkapi dengan enjin empat lejang, satu silinder, DOHC 147.3 cc yang mempunyai sistem bahan bakar “injection” dan penyejuk cecair, serta transmisi enam kelajuan. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa 18.2 hp pada 10,000 rpm dan tork 13.8 Nm pada 8,500 rpm.

Suzuki Raider R150Fi EWC1 juga dilengkapi dengan ciri-ciri moden seperti lampu LED, panel meter digital LCD, serta pilihan untuk menghidupkan enjin melalui starter elektrik atau tendangan. Sistem penguncian masih bersifat konvensional, memerlukan kunci fizikal untuk beroperasi.

Aspek lain seperti suspensi juga diberi perhatian. Motosikal ini dilengkapi dengan fork teleskopik di bahagian depan dan monoshock di belakang, serta sistem brek cakera pada kedua roda, dengan kaliper dua piston pada roda depan.

Motosikal ini juga dilengkapi dengan tangki bahan bakar berkapasiti empat liter, rim aluminium 17 inci dengan tayar berukuran 70/90 di depan dan 80/90 di belakang, berat keseluruhan 109 kg, dan ruang penyimpanan kecil di bawah tempat duduk.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

 

Comments

Leave a Reply