Personaliti internet dan pencipta kandungan terkenal dunia, Darren Jason Watkins Jr, atau lebih dikenali sebagai IShowSpeed, bakal membuat keputusan sama ada menyertai Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Baru-baru ini, Speed beradu kepantasan bersama pelari nombor satu Amerika Syarikat (AS), Noah Lyles, dalam perlumbaan jarak dekat 50 meter.
Meskipun pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris itu menepati ramalan menewaskan Speed, tetapi perhatian lebih tertumpu kepada kelajuan Speed yang hampir bersaing secara rapat dengan Lyles.
IShowSpeed has announced he’ll be running the 100M dash at the 2028 Olympic Games pic.twitter.com/XqofsEhe60
— Dexerto (@Dexerto) November 17, 2024
Ketika sesi siaran langsung menerusi lamannya, Speed secara rawaknya mengisytiharkan bahawa dia akan ke Los Angeles 2028 nanti bagi mengambil bahagian dalam kejohanan berprestij dunia itu.
“2028, saya pasti akan berlari dalam Olimpik. 100m atau 200m,” ujarnya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.