Pada Ogos lalu mahkamah Amerika Syarikat mendapati Google beroperasi sebagai monopoli dan bersetuju dengan penemuan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) yang mendakwa mereka memonopoli perniagaan enjin carian.
Menurut laporan Bloomberg, DOJ kini akan memaksa Google supaya menjual Chrome. Kerana Chrome digunakan untuk mempromosikan perkhidmatan lain milik Google, ia menyebabkan syarikat lain dengan perkhidmatan yang sama tidak dapat bersaing. Antara saranan lain ialah tidak menyertakan Search dan Play Store dalam Android.
Selain itu Google turut akan diarahkan untuk berkongsi lebih banyak maklumat dengan pengiklan bagi memberikan kawalan bagaimana iklan mereka dipaparkan kepada pengguna. Pemilik laman web pula perlu diberikan pilihan untuk tidak membenarkan kandungan mereka digunakan untuk melatih kecerdasan buatan (AI) Google. Akhir sekali sebarang kontrak eksklusif seperti Apple menggunakan Search sebagai enjin carian lalai akan diharamkan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.