Public figure Indonesia, Indah Nada Puspita adalah bukti seorang wanita yang boleh mempunyai banyak impian. Sebelum ini dia dikenali sebagai blogger fesyen, model dan penyanyi. Kini, wanita cantik ini merupakan usahawan fesyen dan memiliki jenamanya sendiri iaitu ‘Nada Puspita’ berkonsepkan modest fashion.
Kredit Foto: IG @indahnadapuspita
Menurut blogger dan usahawan fesyen yang dilahirkan di Medan, Indonesia ini sejak kecil dia banyak diberi sokongan oleh ibu bapanya tentang dunia seni seperti melukis, dan bermain piano. Daripada situlah bercambahnya minat wanita ini terhadap seni sekaligus bergelar usahawan fesyen berjaya.
Bermula Sebagai Blogger
“Sejak kecil saya mempunyai minat yang agak besar dalam seni. Dulu, saya selalu menyertai pertandingan melukis,” kongsinya.
Kredit Foto: IG @indahnadapuspita
Sehinggalah Nada berjinak-jinak dengan dunia blogging yang menjadi titik tolak kepada popularitinya. Nada mula menulis blog tentang fesyen ketika bergelar pelajar sekolah menengah pada 2019.
Nama-nama besar dalam dunia blogger seperti Raditya Dika dan Diana Rikasari menjadi bualan hangat golongan muda ketika itu.
Nada menyertai komuniti hijab bernama Hijabers Community. Dia mengenali ramai orang dalam industri fesyen dan dijemput ke acara modest fashion antarabangsa seperti di Istanbul dan Qatar.
Kredit Foto: IG @indahnadapuspita
Akhirnya ia membawa Nada ke dalam industri. Nada mula menerima tawaran peragaan dan akhirnya bergelar penyanyi.
“Di situ juga saya sedar sebenarnya minat saya ialah mencipta sesuatu. Pada 2015 saya mula mencipta jenama sendiri iaitu Nada Puspita.
“Koleksi pertama ialah pashmina yang menjadi trend pada tahun itu. Bermula pada 2017, tudung bercetak empat segi mula popular,” kata Nada.
Kredit Foto: IG @indahnadapuspita
Ketika itu Nada tiada perancangan serius untuk membangunkan jenamanya itu.
Sehinggalah wabak Covid-19 muncul. Detik ini digunakan oleh Nada untuk muhasabah diri. Nada juga mula memikirkan masa depan perniagaannya itu.
Lantas, Nada terkenangkan pesan arwah ayahnya.
“Jangan tinggalkan Nada Puspita ini, bagus untuk kamu. Sebagai wanita kamu boleh mencurahkan kreativiti melalui Nada Puspita.“ Mesej inilah juga yang memberi inspirasi kepada Nada untuk mula serius membangunkan jenama Nada Puspita. Akhirnya Nada berjaya kejar impian seperti diimpikan.
Kredit Foto: IG @indahnadapuspita
“Jika saya ingin serius menjalankan perniagaan, saya perlu menjadi seorang yang business minded. Saya mesti mempunyai rakan kongsi dan pasukan yang mempunyai pandangan perniagaan yang sama.
“Jadi pada saat Covid saya mula mencari rakan kongsi untuk membangunkan Nada Puspita bersama-sama,” sambung Nada.
Kegigihan Nada membangunkan Nada Puspita kini membuahkan hasil. Dari mula menjual pashmina dan tudung, Nada Puspita telah mengeluarkan koleksi lengkap dari kepala hingga ke kaki.
Kredit Foto: IG @indahnadapuspita
“Niat saya, Nada Puspita boleh menjadi one stop shopping untuk wanita yang berhijab, seterusnya dapat memenuhi keperluan mereka dalam pakaian.
“KIta ada peralatan ibadat, pakaian, kasut, baju raya, kaki, kerongsang, dan kelengkapan solat,” jelasnya.
Kredit Foto: IG @indahnadapuspita
Nada Puspita turut melancarkan koleksi hari raya “Sofia” yang diilhamkan oleh Hagia Sophia di Türkiye. Koleksi ini datang dalam palet warna bumi. Bukan sahaja koleksi pakaian wanita, terdapat juga koleksi pakaian lelaki dan kanak-kanak.
Kunci Kejayaan Nada
Bagi Nada, ibu bapa adalah tokoh penting di sebalik kejayaannya. Doa mereka adalah kunci kejayaan Nada sehingga kini.
“Saya rasa nombor satu adalah doa ibu. Saya sangat bersyukur kerana ibu tinggal bersama saya. Ahamdulillah, banyak momen bersama ibu antaranya pergi melancong bersama. Saya anggap ia hiburan untuk ibu” kata Nada.
Kredit Foto: IG @indahnadapuspita
Selain itu menurut Nada, amat penting bagi wanita moden hari ini untuk memiliki kemahiran selain berperanan sebagai isteri dan ibu, yang mungkin suatu hari nanti boleh dimanfaatkan.
“Wanita moden hari ini mempunyai banyak peluang untuk melakukan lebih banyak kerja. Adalah sangat penting, wanita mempunyai kemahiran di luar peranan sebagai ibu yang mungkin suatu hari nanti diperlukan dan boleh digunakan,” katanya.
Nada juga berharap semua wanita dapat merealisasikan apa sahaja yang diimpikan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.