Fahami Tanda Awal Autisme “Kenapa Dia Berkelakuan Begitu?”

Autisme, satu spektrum yang semakin ramai mula sedar, tapi ramai juga yang masih keliru tentang apa sebenarnya yang terlibat.

Menerusi perkongsian Dr Dr Ahmad Samhan menjelaskan  bagaimana untuk mengenal pasti autism.

Katanya ada segelintir ibu bapa tidak dapat menerima hakikat anaknya menghidap autisme.

“Anak puan ada ciri-ciri autisme”  … “Eh,mana ada. Anak saya normal”

Bukan senang untuk terima hakikat anak sendiri yang di kandung 9 bulan didiagnos sebagai anak istimewa.

Tahukah kalian, kebanyakan kanak-kanak yang menghidap autisme sebenarnya lambat didiagnos? 

Walaupun begitu, sebenarnya ada beberapa ciri ciri autisme yang boleh ibu bapa tengok pada anak-anak.

Statistik baru-baru ini mendedahkan 1 daripada 68 kanak-kanak telah didiagnos dengan gangguan autisme dan ia hanya dikesan pakar apabila mereka sudah berusia 2 tahun! Sedangkan, tanda autisme sudah boleh dilihat dari awal sejak bayi berusia 6 bulan lagi.

Apa itu autisme?

Autisme adalah masalah perkembangan kompleks. Ia melibatkan interaksi sosial seorang kanak-kanak terganggu akibat masalah kemahiran berkomunikasi, tingkah laku tidak wajar yang berulangan, pemencilan diri serta mempunyai keinginan terhad terhadap sesuatu benda.

Hampir 47,000 orang kanak-kanak di Malaysia menghidapi gangguan autisme, atau lebih dikenali sebagai kanak-kanak autistik, namun gagal didiagnos dengan cepat kerana ibu bapa tidak tahu ciri-ciri autisme.

Malah, masih ramai masyarakat di Malaysia tidak mengetahui dengan jelas tentang apa itu autisme dan apakah punca-puncanya.

Pastikan anda sentiasa memerhati dan memeriksa perkembangan anak. Kalau ada apa-apa yang merisaukan, sila dapatkan pandangan pakar. Jangan ambil sikap untuk menunggu.
Selain dari mak ayah perlu menerima kenyataan anak mereka didiagnos autisme, bagaimana penerimaan keluarga dan masyarakat itu lebih penting.

Semua mak ayah dambakan anak yang sempurna. Kalian tidak akan dapat merasai penderitaan dan pengorbanan mak ayah yang ada anak istimewa. Sesekali tidak!
Anak istimewa ini ada hak diatas muka bumi ini. Tak pernah dipinta dilahirkan sebegitu. Terima mereka dan jangan sisihkan mereka. Siapa tahu mereka menjadi individu yang mengubah dunia.

Dah ramai mereka yang menghidap autisme telah mengubah dunia seperti Albert Einstein yang mempunyai IQ diatas 160, Isaac Newton yang menemui teori graviti dan Bill Gates adalah salah seorang paling kaya di dunia.

Share info ini sebab masih ramai yang susah untuk terima kenyataan anak mereka autisme dan ada segelintir masyarakat yang pandang serong pada anak istimewa ini.

 

Sumber: Dr Ahmad Samhan


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply