Elon Musk Pernah Cuba Membeli Substack

Substack merupakan salah satu platform yang memfokuskan perkongsian buletin oleh sesiapa, sekaligus membolehkan perkongsian artikel yang lebih panjang berbanding apa yang dikongsikan melalui media sosial. Substack pada hari ini mempunyai peminatnya tersendiri, yang menerbitkan pelbagai variasi kandungan melaluinya.

Terbaru, melalui kisah yang diterbitkan melalui NYTimes, ia dikongsikan Elon Musk pernah cuba untuk membeli platform Substack pada April 2023 lepas. Tawaran untuk membeli Substack ini hadir sejurus selepas Elon Musk membeli Twitter ketika itu.

Ia dikatakan Elon Musk melihat untuk membeli Substack, sekaligus memperluaskan lagi langganan berbayar melalui integrasi kedua-dua platform tersebut. CEO Substack ketika itu sendiri ditawarkan oleh Elon Musk untuk turut menerajui syarikat gabungan baharu kelak.

Apa pun, tawaran berkenaan ditolak oleh pihak Substack. Pada hari ini, Substack sedia berkembang dan menjadi destinasi ramai dalam melakukan perkongsian panjang dan membentuk komuniti. Malah, Substack turut mempunyai fungsi khusus dinamakan Notes, yang memberikan pengalaman penggunaan seumpama Twitter.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply