Kejayaan Leong Jun Hao merangkul gelaran naib juara dalam final super 500 buat pertama kali dalam Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menerusi Masters Jepun 2024 adalah satu pencapaian magis.
Jun Hao mengenepikan empat pemain dari kelompok 10 terbaik dunia yang terdiri daripada Laksya Sen, Koki Watanabe, Kodai Naraoka dan Jonatan Christie sebelum tewas di tangan pemain China, Li Shi Feng, dalam final di Kumamoto semalam.
Dalam masa sama, pemain perseorangan lelaki negara itu yang kini menghuni ranking ke-31 dunia berpuas hati dengan pencapaiannya.
Justeru, dia ingin memusatkan tumpuannya kepada proses pemulihan menjelang Masters China yang bermula esok.
Dalam separuh akhir Jun Hao berhasil menewaskan Jonatan dalam pertarungan 1 jam 17 minit dan bagi jurulatih perseorangan lelaki negara, Yogendran Khrishnan persembahan yang dipamerkan oleh anak buahnya adalah sangat luar biasa dan dia menagih persembahan lebih tekal dalam kejohanan akan datang.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.