Ketua jurulatih skuasy negara, Ajaz Azmat, memuji kehebatan dua pemain negara, Ng Eain yow dan S. Sivasangari, dalam Kejohanan Piala Malaysia yang berlangsung 12 hingga 17 November lalu.
Eain Yow muncul juara selepas mudah menewaskan lawan dari Mesir, Youssef Soliman dengan keputusan 3-0.
Manakala Sivasangari tewas di pusingan final ke atas juga wakil Mesir, Amina Orfi dalam pertembungan mendebarkan dengan keputusan 2-3.
Dengan keputusan membanggakan selain kelebihan selaku tuan rumah, Ajaz berharap di Kejohanan Terbuka Singapura bermula 9 hingga 24 November ini, Eain Yow dan Sivasangari mampu mengekalkan momentum itu dan sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.