Unifi Piala Malaysia: Jangan takut jumpa JDT — Wan Mustaffa

Jurulatih KL Rovers, Wan Mustaffa Wan Ismail, enggan anak buahnnya diselubungi perasaan gementar walaupun Johor Darul Ta’zim (JDT) mengambil keputusan memanggil pulang pemain Harimau Malaya untuk menghadapi pasukannya Rabu ini dalam saingan Unifi Piala Malaysia. 

Membabitkan Arif Aiman Md Hanapi, Matthew Davies dan Feroz Baharudin, pengendali berusia 60 tahun itu menganggap Harimau Selatan tiada perbezaan sebaliknya tetap sama sebagai pasukan handalan Asia.

KL Rovers menjadi salah satu pasukan Liga A1 namun bakal bertemu juara bertahan, JDT dalam aksi pusingan 16. 

Jurulatihnya, mahu memastikan pasukan tidak kehilangan rentak apabila turun beraksi Rabu ini.

“Kami telah diundi dengan pasukan terkuat Liga Malaysia dan yang juga mengejar kejayaan di pentas Asia. 

“JDT merupakan pasukan ‘dream team’ di Malaysia, namun kami tetap memiliki perancangan untuk perlawanan ini. 

“KL Rovers telah menjalani sesi latihan dan perlawanan persahabatan sebelum ini sementara aksi liga akan digunakan sebagai persiapan akhir untuk bertemu JDT nanti. 

“Setiap perancangan dan strategi yang dimiliki akan digunakan untuk berjuang bertemu JDT.”


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply