Bagai cendawan tumbuh selepas hujan, begitulah gambaran lambakan kehadiran peranti pintar baharu dalam industri teknologi dunia ketika ini. Paling terkini Huawei Mate 70 pula yang dijadualkan tiba secara rasminya di China dalam beberapa hari mendatang. Keunikan peranti boleh dilihat melalui kemasan yang mempunyai konsep yang ranggi, dan juga elegan.
Ia juga mempunyai bonggol kamera besar dengan bingkai keemasan yang menyerlahkan lagi bahagian belakang peranti. Menerusi penjenamaan XMAGE bermakna Huawei masih menggunakan teknologi pengimejan tersebut pada peranti. Dalam masa sama sebanyak tiga kamera utama disertakan sebagai pelengkap. Dalam hal ini mengingatkan kami akan Huawei Mate XT sebelum ini cuma bezanya bonggol kamera ini sepenuhnya bulat dan bukannya oktagon.
Selain itu peranti mempunyai tubuh nipis yang juga membentuk kerangka melengkung di bahagian sisi peranti. Butang kuasa dan laras audio pula diletakkan pada bahagian kanan sementara itu bahagian kiri pula kosong tanpa sebarang butang. Makluman lebih lanjut hanya diketahui selepas pelancaran rasminya pada 26 November 2024.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.