PC Partner Berpindah Ibu Pejabat Dari Hong Kong Ke Singapura Untuk Mengelak Sekatan Teknologi

Beberapa minggu lalu kami ada melaporkan bahawa ZOTAC telah memindahkan kilang mereka ke Indonesia, dimana sebuah kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5090 telah diaktifkan di sebuah kilang di Pulau Batam, yang nampaknya milik PC Partner yang juga pemilik jenama ZOTAC.

Selari dengan ini, nampaknya ia telah dilaporkan juga bahawa pemilik PC Partner, syarikat yang memiliki jenama-jenama kad grafik lain seperti Inno3D dan Manli telah berpindah ke Singapura baru-baru ini.

Perkara ini nampaknya berlaku kerana PC Partner akan berhadapan dengan satu isu serius dimana komponen cip pemprosesan grafik terbaru seperti GB202 dan GB203 yang akan menguasakan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5090 dan GeForce RTX 5080 tidak akan dibenarkan untuk dihantar ke syarikat tersebut akibat sekatan ekonomi dan teknologi yang dikenakan keatas syarikat-syarikat yang dilihat berpengkalan di China dan Hong Kong.

Menurut beberapa laporan, pemindahan ini sudahpun lengkap, dan PC Partner kini sudah disenaraikan di bursa saham Singapura, yang mana perasmiannya dihadiri oleh wakil-wakil NVIDIA juga. Dengan ini, pihak PC Partner nampaknya berharap bahawa mereka tidak akan dikenakan sekatan berkenaan kebolehan membangunkan kad-kad grafik NVIDIA terbaru akan datang.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply