Rosol cadang pembinaan guna kembali kekuda kayu
Kerajaan dicadang kembali menggunakan kekuda kayu untuk menahan beban bumbung dalam pembinaan bangunan kerajaan berbanding penggunaan kekuda besi.
Cadangan itu disuarakan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid memandangkan tahap ketahanan kekuda besi yang diimport boleh dipersoalkan, berikutan berlaku banyak kejadian runtuhan.
Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perladangan dan Komoditi di Dewan Rakyat hari ini.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #kekudakayu #kekudabesi #pembinaanbangunankerajaan
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.