NBA: 3 pointer Julius Randle di saat akhir cukup untuk tundukkan Suns

Julius Randle muncul wira Minnesota Timberwolves apabila jaringannya di saat akhir cukup untuk melakar kemenangan berharga ke atas Phoenix Suns 120-117.

Randle yang baru berhijrah daripada Knicks dalam ‘trade’ yang menyaksikan Karl Anthony Towns bertukar tempat, juga muncul penjaring terbanyak pasukannya di perlawanan itu selepas mencatat 35 mata untuk kali pertama buat Timberwolves.

Suns yang masih tanpa kelibat Kevin Durant, bergantung pula kepada Devin Booker untuk menerajui pasukan dan Booker tidak menghampakan dari awal lagi dalam membantu mendahului di suku pertama.

Tetapi Randle enggan pasukannya ketinggalan terlalu banyak dan cuba sedaya upaya untuk merapatkan jurang di suku seterusnya.

Namun, ketangkasan Booker sukar ditandingi dan Suns kekal di depan menuju ke masa rehat.

Bersambung suku ketiga, giliran Anthony Edwards pula mengancam Suns demi meraih kemenangan kedua Timberwolves dalam lima perlawanan terakhir mereka.

Booker pantang menyerah kalah dan tetap memastikan Suns mendahului di suku terakhir — sayangnya 44 mata tidak mencukupi untuk noktahkan kemenangan kerana, di saat akhir perlawanan tuah lebih menyebelahi Randle.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply