36 mata daripada Shai Gilgeous Alexander (SGA) tidak cukup untuk Oklahoma City Thunder meraih kemenangan di gelanggang sendiri.
Berdepan Dallas Mavericks, bukan Klay Thompson ataupun Kyrie Irving yang menyerlah — tetapi ‘double double’ daripada PJ Washington yang membawa kepada kemenangan untuk pelawat yang beraksi tanpa Luka Doncic.
Dallas mendominasi sepanjang perlawanan hasil daripada asakan awal Kyrie untuk memastikan kelebihan memihak pasukannya.
Washington pula tampil menyerlah pada saat Klay gagal menemui rentaknya dengan catatan lima mata sahaja di aksi itu.
SGA cuba mengancam Dallas di suku ketiga dengan harapan melanjutkan rentetan tiga kemenangan Thunder, namun jelas tidak cukup walaupun dengan sokongan dari Jalen Williams.
Sebaliknya, 27 mata 17 rebound dari Washington, 23 lagi daripada Kyrie memastikan kemenangan sebanyak dua mata memihak Dallas — kali kedua sahaja Mavericks berjaya lakar kejayaan di gelanggang lawan musim ini.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.