Usia bukan penghalang untuk menuntut ilmu. Itu yang dibuktikan oleh Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang kini bergelar mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
ARTIKEL BERKAITAN : Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Terima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif UiTM
Hal ini tular selepas baginda berkongsi khabar gembira itu di laman sosial TikTok sambil memuat naik foto memegang kad pintar UIA yang tertera International Institute of Islamic Thought and Civilization universiti berkenaan.
“Kembali ke sekolah, doakan saya!” titah baginda di ruangan kapsyen.
Warga maya tidak henti memberikan sokongan kepada baginda dan berharap pembelajaran beliau dipermudahkan. Tidak kurang juga yang berseloroh seronoknya jika baginda tinggal di kolej.
“Tuanku, selamat menjadi mahasiswa IIUM. Semoga patik dapat bersua muka dengan tuanku di mana-mana kulliyyah nanti. Aminn.”
“Siapalah roomate Tuanku ni, untungnya.”
Sekadar info, baginda dilantik semula sebagai Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa mulai 31 Januari lalu.
Pelantikan semula Tunku Azizah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Ia merupakan penggal kedua baginda menjawat jawatan berkenaan selepas dilantik bagi penggal pertama pada 2019.
Baru-baru ini, baginda turut berkenan mencemar duli merasmikan Istiadat Konvokesyen UIAM ke-40 2024.
BACA : Tunku Azizah Cuma Amal Dua Rutin Kecantikan, ‘Simple’ Betul!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.