Jorge Martin Juara Dunia MotoGP™ – Pasukan ‘Independent’ Pertama Dalam Sejarah!

Musim 2024 MotoGP™ mencatat sejarah apabila Jorge Martin (Prima Pramac Racing) dinobatkan sebagai Juara Dunia MotoGP™ pertama daripada pasukan bebas atau ‘pasukan bukan pengeluar’

Dengan kelebihan 24 mata menjelang perlumbaan penentu di Grand Prix Solidarity Barcelona. Martin menamatkan musim dengan tenang, mengungguli gelaran juara dunia dengan kelebihan 10 mata mengatasi Francesco Bagnaia.

Pencapaian ini menjadikan Martin pelumba bebas pertama yang menjuarai kelas premier sejak era 500cc. Kemenangan tersebut menjadi bukti ketabahan, konsistensi, dan kecemerlangan sepanjang musim bersama pasukan Pramac Ducati.

Perjalanan Kejuaraan Jorge Martin


Martin mula mencipta nama di pentas dunia pada 2015 bersama Mapfre Mahindra selepas menjuarai Red Bull MotoGP Rookies Cup. Dalam musim sulungnya, beliau meraih mata pertamanya di Qatar dan menamatkan musim di kedudukan ke-17 keseluruhan.

Peningkatan berterusan membawa Martin ke Del Conca Gresini Moto3 pada 2017. Di mana beliau mengumpul sembilan kedudukan pole dan lapan podium. Namun, kemenangan pertama hanya tiba di perlumbaan penutup musim di Valencia. 

Momentum itu diteruskan pada 2018, apabila Martin memenangi tujuh perlumbaan dan merangkul gelaran Juara Dunia Moto3™. Sebelum berpindah ke Moto2™ bersama Red Bull KTM Ajo.

Di Moto2™, Martin menunjukkan potensi besar dengan kemenangan sulung di Austria pada 2020. Walau bagaimanapun, pandemik Covid-19 menyebabkan beliau terlepas beberapa perlumbaan. Menggagalkan peluangnya untuk merebut gelaran dunia dalam kategori pertengahan.

Debut MotoGP™ dan Perjalanan Bersama Pramac


Martin melangkah ke kelas premier bersama Prima Pramac Racing pada 2021. Dalam penampilan kedua, beliau mencipta kejutan dengan merebut posisi pole dan podium ketiga di GP Doha. Kemenangan MotoGP™ pertamanya hadir di GP Styria, menandakan debut luar biasa di kelas tertinggi meskipun berdepan kecederaan serius.

Musim 2023 menjadi titik tolak karier Martin apabila beliau muncul sebagai pencabar serius kepada juara bertahan, Francesco Bagnaia. Memperoleh gelaran “Sprint King” dengan tujuh kemenangan perlumbaan sprint, Martin mendekati gelaran dunia tetapi terlepas peluang akibat DNF di Valencia.

Musim Kejuaraan Bersejarah 2024


Martin memulakan 2024 dengan cemerlang, meraih kemenangan pertama di Portugal dan mengekalkan konsistensi luar biasa. Dalam 14 perlumbaan terakhir, beliau hanya terlepas podium sebanyak dua kali, menunjukkan ketabahan yang menjadi kunci kejuaraannya.

Di perlumbaan penutup di Barcelona, Martin hanya perlu menamatkan perlumbaan dalam kedudukan kesembilan untuk mengesahkan gelaran. Walaupun Bagnaia memenangi perlumbaan dengan sempurna, Martin menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, sekali gus memastikan dirinya sebagai Juara Dunia MotoGP™ 2024.

Dari MotoGP™

Baca Juga Tissot T-Race, Simbol Kemewahan dan Kelajuan untuk Peminat MotoGP

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply