Toyota Corolla Cross Hybrid Facelift Kini Dibuka untuk Tempahan

Toyota Malaysia kini mengumumkan kehadiran Toyota Corolla Cross facelift. Ia sudah boleh ditempah dengan harga anggaran bermula sekitar RM140,000.

Model baharu ini akan ditawarkan dalam dua varian menarik iaitu Corolla Cross Hybrid Electric (HEV) dan versi sporty, Corolla Cross HEV GR Sport.

Rekaan Segar dengan Sentuhan Moden


Corolla Cross facelift ini menampilkan beberapa perubahan menarik pada reka bentuknya. Selaras dengan model facelift yang diperkenalkan di Thailand awal tahun ini. 

Bahagian hadapan kini lebih moden dengan lampu LED penuh baharu. Gril atas yang lebih nipis, serta gril bampar tanpa bingkai dengan elemen sarang lebah yang memberikan gaya agresif.

Di dalam kabin, tiada imej rasmi didedahkan setakat ini, tetapi beberapa peningkatan telah disahkan. Model ini akan dilengkapi dengan brek parkir elektronik menggantikan pedal kaki konvensional, lengkap dengan fungsi brake hold automatik untuk lebih kemudahan. 

Skrin infotainment 10-inci baharu turut diperkenalkan, menggantikan skrin 9-inci sebelumnya, dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar.

Ciri-Ciri Premium dan Teknologi Terkini


Antara ciri lain yang menarik ialah sistem monitor pandangan panoramik 3D untuk membantu pemandu memarkir dengan lebih mudah, dan sistem telematik kenderaan yang kini ditambah baik dengan fungsi penghidup enjin jarak jauh.

Untuk pilihan warna, Corolla Cross Hybrid Electric ditawarkan dalam lima warna menarik termasuk Celestite Grey Metallic, Red Mica Metallic, Silver Metallic, Platinum White Pearl, dan warna baharu, Dark Turquoise. Varian GR Sport pula hadir dengan tiga warna duo tona eksklusif – kesemuanya dengan bumbung hitam untuk gaya lebih sporty.

Gaya GR Sport yang Lebih Garang


Varian GR Sport membawa sentuhan sporty dengan upholsteri kulit hitam, jahitan benang merah, dan logo GR yang terpampang di perehat kepala tempat duduk hadapan. Model ini bukan sekadar bergaya, tetapi juga menerima suspensi lebih keras dan pendakap casis tambahan untuk pengendalian lebih mantap.

Prestasi Hybrid Berkuasa dan Efisien


Walaupun tiada butiran penuh tentang rangkaian kuasa diumumkan. Ia dijangka mengekalkan sistem yang sama seperti model semasa. Corolla Cross HEV dijana oleh enjin 1.8 liter Dual VVT-i empat silinder, dipadankan dengan motor elektrik untuk menghasilkan kuasa gabungan 122 PS yang disalurkan ke roda hadapan.

Waranti Menyeluruh untuk Ketahanan dan Keyakinan


UMW Toyota Motor menawarkan waranti lima tahun tanpa had perbatuan untuk semua varian Corolla Cross facelift ini. Selain itu, bateri hibrid, inverter, dan unit kawalan tenaga (ECU) turut dilindungi dengan waranti lapan tahun tanpa had perbatuan. Dengan pilihan untuk tambahan dua tahun perlindungan.

Dengan gaya lebih segar, teknologi terkini, dan penawaran hybrid yang efisien, Toyota Corolla Cross facelift dijangka menjadi pilihan popular di kalangan peminat SUV kompak di Malaysia. Jika anda mencari SUV

yang menggabungkan gaya, teknologi, dan praktikaliti, ini mungkin pilihan yang sesuai untuk anda.

Dari PaulTan

Baca Juga BMW – TOYOTA Jalin Kerjasama Demi Teknologi Hidrogen

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Comments

Leave a Reply