Umum sedia maklum, jika anda menggunakan peranti Xiaomi tidak kira mahal atau murah ia pasti akan ada paparan iklan. Ada yang sedikit, ada yang banyak dan kadangkala langsung tiada. Sejak kebelakangan ini, Xiaomi telah mengurangkan banyak paparan iklan melalui HyperOS tetapi satu yang masih kekal adalah gedung aplikasi GetApps yang kerap mempromosikan aplikasi-aplikasi yang mencurigakan.
Bermula Januari 2025, gedung aplikasi GetApps akan dihentikan. Perkara ini akan bermula di India kerana Xiaomi telah bekerjasama dengan PhonePe untuk gedung aplikasi Indus Appstore. Indus Appstore adalah gedung aplikasi yang menawarkan 200,000 aplikasi dalam 45 kategori yang menyokong 12 bahasa India berbeza. Peralihan dari GetApps ke Indus dikatakan berpotensi membawakan pengalaman bebas iklan kerana ia sedia menggunakan antaramuka moden.
Tiada sebarang berita jika GetApps akan dihentikan di Malaysia. Dalam pengalaman saya, iklan aplikasi GetApps hanya terpapar dalam aplikasi sistem Xiaomi yang jarang digunakan untuk peranti mercu, sementara dalam bentuk notifikasi kadangkala untuk peranti kelas pertengahan. Mungkin perlu ada gedung aplikasi Android tempatan baru GetApps akan dihentikan di Malaysia? Apa kata anda?
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.