Diperintah Maharaja Kejam, Lucius Nekad Bawa Kembali Kejayaan Rom Menerusi Gladiator II

Pengarah terkenal, Ridley Scott kembali dengan naskah ulung Gladiator selepas 24 tahun. Gladiator II menunjukkan sisi era pemerintahan maharaja Rom yang memasuki fasa baru selepas berada dibawah kepimpinan Marcus Aurelius.

Menerusi sekuel ini, Scott mengambil fokus pada perjalanan kehidupan Lucius Verus, anak kepada Lucilla yang dihantar jauh di Numidia selama belasan tahun dan kembali ke kota Rom sebagai petarung ‘gladiator’ bernama Hanno. Jom ikuti sinopsis berikut sebelum anda mula menonton…

Filem ini mengisahkan sekitar 16 tahun selepas Maximus Decimus Meridius berjaya menewaskan Commodus di stadium Colosseum pada peristiwa Gladiator (2000). Sebelumnya, Maximus sempat memberi arahan untuk reformasi politik dengan mengangkat kembali Gracchus sebagai senator.

Namun, reformasi dalam pemerintahan Roma itu tidak berjalan lancar dan bangsa Rom yang makmur itu kembali jatuh ke tangan pemimpin kejam yang merebut kuasa iaitu maharaja Geta dan adiknya, maharaja Caracalla.

Geta dan Caracalla memimpin Rom dalam keadaan yang sangat kacau-bilau, hanya mementingkan kesenangan dan menguasai seluruh dunia melalui perang dan penjajahan.

Semua kejayaan itu mampu tercapai oleh Rom kerana kota itu memiliki pasukan tentera hebat dipimpin oleh komando jeneral Marcus Acacius, dulunya merupakan salah seorang orang kanan Maximus yang setia.

Gladiator II semakin memuncak apabila kota Numidia iaitu kota yang menjadi tempat tinggal Lucius yang terpaksa melarikan diri dari Rom semasa kecil diserang dan ditawan oleh Rom. 

Semasa peperangan tersebut, ia telah menyebabkan kematian isteri Hanno bernama Arishat dan membuat Hanno berduka dan menyimpan dendam amarah.

Hanno kemudian dibawa ke Rom bersama pejuang Numidia yang lain untuk dijadikan hamba sehingga dia terlibat dalam pertarungan di arena kecil, dan gaya bertarungnya menarik perhatian Macrinus.

Macrinus kemudian membeli Hanno kerana ingin menjadikannya petarung atau gladiator baru. Di sebalik itu, Macrinus juga mempunyai niat yang lebih besar dan menjadikan Hanno sebagai alat untuk mencapai tujuannya menakluki Rom.

Hanno menerima tawaran untuk menjadi gladiator dengan satu syarat, dimana dia mahu bertarung dengan Acacius di Colosseum untuk membalas dendam atas kematian isterinya. Namun, di sebalik dendamnya, Hanno tetaplah Lucius Verus, seorang pewaris takhta yang masih menyimpan impian mulia untuk mengembalikan Rom kepada rakyatnya.

Gladiator II kembali diarahkan oleh Ridley Scott, pengarah lagenda yang juga mengarahkan filem pertama daripada sekuel ini. Skrip filem ditulis oleh David Scarpa berdasarkan watak yang dicipta oleh David Franzoni.

Paul Mescal dipilih sebagai teraju utama Gladiator II dan beberapa bintang berkelas ‘A’ turut memeriahkan sekuel ini, seperti Pedro Pascal, Denzel Washington, Joseph Quinn, dan Fred Hechinger.

Selain itu, beberapa nama lama turut kembali membintangi Gladiator II, antaranya Connie Nielsen sebagai Lucilla dan Derek Jacobi sebagai Gracchus. Gladiator II telah pun ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 14 November 2024.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply