Dalam dunia dekorasi rumah, keharmonian estetika dan fungsi adalah kunci. Namun,jika berlaku masalah teknikal seperti air menitis dari aircond memang merunsingkan.
Tak perlu risau lagi, ini panduan mudah untuk memperbaikinya sendiri, memastikan rumah anda tetap selesa dan cantik tanpa perlu bantuan profesional.
Cara baiki air menitik dari aircond
Dah cuci filter, air masih lagi menitik? Mungkin lubang takungan aircond anda tersumbat.
Saya nak kongsi cara saya buka/pasang aircond dan bersihkan lubang takungan yang tersumbat, menyebabkan air menitik dari aircond.
1. Peralatan yang digunakan
– Screwdriver
– Tangga lipat
2. Safety alert
– Matikan suis aircond sebelum mula
– Sekiranya anda gayat atau tidak boleh imbangkan badan semasa gunakan tangga lipat, jangan lakukan kerja ini.
– Facemask, sekiranya anda mempunyai alahan kepada debu/habuk
3. Tanggal housing aircond (gambar pertama)
– Buka screw yang ditanda (merah)
– Unclip housing aircond dekat bahagian atas
– Tanggalkan housing aircond
4. Alihkan panel elektronik (gambar kedua)
– Buka screw yang ditanda (merah)
– Alihkan panel ini kesebelah kanan untuk memberi ruang supaya kita dapat melihat lubang takungan yang tersumbat
– Nota : kotak biru merupakan takungan. Nanti kita akan curah air ke dalamnya.
5. Bersihkan lubang takungan yang tersumbat (gambar ketiga)
– Bersihkan lubang takungan dengan gunakan lidi, wayar keras ataupun cable tie
– Cucuk-cucuk dan tarik-tarik je.
6. Bersihkan kotoran dalam paip takungan (gambar keempat)
– Pergi ke luar rumah, cari paip yang mengandungi air takungan
– Buka paip tersebut, bersihkan kotoran di dalamnya (paip yang ada tape hitam, bulatan biru).
7. Langkah selanjutnya curah air dalam takungan
– Setelah kita bersihkan lubang takungan yang tersumbat, kita akan curah air ke dalam takungan tersebut untuk memastikan yang lubang itu confirm tidak sumbat
– Bila kita curah air ke takungan, air akan keluar daripada paip yang kita buka dekat luar rumah tadi (paip tape hitam, bulatan biru)
– Pasangkan unit aircond semula
– Alang-alang bersihkanlah filter ya.
Cara servis ini juga rujuk video yang dikongsi oleh beliau.
Semoga bermanfaat
Artikel ini diambil dan diolah dari VK.
Mesti Baca:Mak Pesan Kerja Rumah Jadikan Rutin, Rumah Bersih Automatik Rasa Tenang
Baca Lagi Di Sini:PANDUAN ‘Checklist’ Penting Keperluan Pindah Masuk Rumah Baru Yang Perlu Disediakan!
Artikel Menarik:10 “Defect” Wajib Periksa Sebelum Pindah Rumah Baru!
Sumber: Fakaruddin Mohd
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.