Anak Demam Campak, Boleh Cuba Amalan ‘Berbedak’ Ini Untuk Hilangkan Parut

Ibu mana yang tak risau bila anak demam campak. Selain risaukan suhu badan anak yang turun naik dengan tinggi, masalah parut kesan daripada campak ini juga sering difikirkan jalan penyelesaiannya. Bimbang parut kekal hingga mereka dewasa.

Anak Demam Campak

Sebenarnya bukan semua parut kekal hingga dewasa. Parut jenis campak yang halus dan kecil akan hilang dengan sendirinya apabila demam makin reda. Adakalanya parut campak jenis bebola air besar, terutama yang dikatakan sebagai ‘ibu’ campak biasanya akan meninggalkan kesan parut.

Pun begitu ia bergantung kepada tubuh seseorang itu. Ada juga yang langsung tidak meninggalkan parut.

Petua amalan berbedak yang diamalkan oleh masyarakat di utara tanah air ini pastinya membuatkan mak ayah tak perlu risau dengan masalah parut lagi. Jadi jom kita cuba.

Artikel lain: Measles Boleh Akibatkan Maut Bengkak Otak. Ia Bukan Demam Ruam Atau Chicken Pox!

Boleh Cuba Amalan ‘Berbedak’ Ini Untuk Hilangkan Parut

Pulihkan Guna 3 Bahan

Bahan-bahan:

Daun bunga melur
Beberapa tangkai daun asam gelugur
Bedak sejuk

Caranya:

1. Basuh bersih daun asam gelugur dan daun melur.

2. Kemudian kisar bersama bedak sejuk dengan sedikit air.

3. Bancuhan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.

4. Sapukan seluruh badan selepas campak kering.

Guna Daun Semambu:

Antara cara lain yang boleh dilakukan adalah berbedak dengan dengan menggunakan daun semambu. Perkongsian Puan Norhafizah Abdul Hamid juga sama iaitu amalan berbedak.

Ambil daun semambu, kisarkan hingga halus dan ‘bedakkan’ pada seluruh badan anak. Selepas campak anak kering, anak pun dah sihat dah, mak ayah mesti cari pokok semambu. Kisarkan halus dan buatkan bedak untuk disapu seluruh badan.

Baca lagi: Jebat Di Gigit Nyamuk, Nabila Minta Petua Hilangkan Parut. Kasihan Tengok Heronya Ada  Tanda

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Comments

Leave a Reply