Baidu, syarikat gergasi internet di China kini turut menyertai perlumbaan kaca mata pintar, dan telah memperkenalkan sebuah kaca mata pintar yang hadir dilengkapi sokongan kecerdasan buatan bersama dengannya. Penawaran ini terhad untuk pasaran China buat masa ini.
Kaca mata pintar ini diposisikan sebagai pembantu peribadi, dan menjalankan sokongan kecerdasan buatan Ernie oleh Baidu. Ia membolehkan pengguna bertanyakan persoalan berkenaan persekitaran pemakai, memainkan lagu, merakamkan video, dan turut memantau kadar kalori pemakai.
Baidu menyasarkan untuk menjual kaca mata pintar ini pada tahun 2025 kelak.
Pada hari ini, Meta sedia menerajui arena kaca mata pintar ini, dan nampaknya kita mungkin melihat persaingan sihat terhadap Meta daripada pasaran China, berbanding pasaran Amerika Syarikat sendiri. Di pasaran China sendiri, selain Baidu, baru-baru ini syarikat induk TikTok turut memperkenalkan sebuah fon telinga yang hadir diintegrasikan bersama sokongan model kecerdasan buatan untuk menjawab persoalan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.