Bola sepak tidak gagal, individu dalam pasukan yang gagal urus — TMJ

Pemangku Sultan Johor, Tengku Ismail Sultan Ibrahim, berkongsikan pandangannya mengenai perkembangan bola sepak moden di Malaysia yang dianggap gagal di laman Facebok milik Harimau Selatan itu.

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu beraskan individu-individu yang gagal meresap tekanan dalam mengurus pasukan menjadi faktor utama standard bola sepak tidak berjaya ditingkatkan ke tahap yang sewajarnya.

Malah, kejayaan JDT wajar dijadikan contoh terbaik buat pasukan lain memandangkan kelab itu kini semakin berkembang pesat hingga selepas menduduki tangga pertama nombor satu di Asia Tenggara dan keenam di peringkat Asia.

“Kadangkala ianya sukar untuk difahami kenapa sesetengah pihak menganggap bola sepak Malaysia sebagai gagal sedangkan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah berkembang menjadi pasukan nombor satu di Asia Tenggara dan keenam di Asia berdasarkan Opta Power Rankings. Malaysia juga telah layak ke Piala Asia untuk pertama kali sejak 40 tahun.

“Prestasi JDT di Asia telah menyumbang 21.54 (68.7%) daripada 31.33 mata ranking MA Malaysia sejak 2015 hingga membenarkan lebih banyak kelab-kelab Malaysia menyertai pertandingan Asia. JDT juga muncul satu-satunya kelab Asia Tenggara yang memenangi Piala AFC (2015). JDT juga antara kelab yang mempunyai fasiliti terbaik – termasuk perubatan – di Asia yang menepati kehendak bola sepak moden.

“Ini antara pencapaian hebat yang pernah dicapai oleh mana-mana pasukan dalam Malaysia atau dalam industri bola sepak tempatan. 

“Jadi bagaimana bola sepak Malaysia dikira gagal apabila ada satu pasukan mampu berjaya di Asia? Disebabkan gaji yang tertunggak, kekurangan infrastruktur bola sepak, kekurangan pembangunan akar umbi di peringkat kelab atau pengurusan yang tidak baik? Ini semua disebabkan adanya ramai individu yang tidak berkelayakan berada dalam industri sukan.

“Bola sepak tidak gagal, ianya adalah individu-individu dalam pasukan-pasukan yang gagal mengurus dan meningkatkan standard serta mereka yang sentiasa menyokong dan bukannya memberikan tekanan terhadap kegagalan itu.

“Sebelum kita menuding jari dan mencari kesalahan pada sistem atau JDT meskipun Harimau Selatan berjaya di Asia termasuk penganugerahan ‘AFC Two-Star Academy’, ianya adalah lebih wajar jika kita melihat apa yang berlaku dari dalam dan mendesak perubahan, bermula dengan pasukan masing-masing. 

“Sebuah liga dengan pasukan-pasukan yang diuruskan dengan baik serta mempunyai fasiliti moden dan pembangunan program-program akar umbi yang kuat di peringkat kelab akan meningkatkan lagi standardnya.” katanya.
 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply