Jurulatih Harimau Malaya, Pau Martí Vicente, berasakan perlawanan persahabatan menentang India merupakan aksi penting memandangkan skuad negara akan menghadapi kempen Kelayakan Piala Asia 2027 dan Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024.
Dia mahu terus fokus untuk meraih keputusan positif dengan 23 pemain yang dibawa ke di Hyderabad menjelang perlawann persahabatan Tier 1 itu esok sekali gus waspada dengan ancaman India yang mahu menamatkan kemarau kemenangan.
Untuk rekod, pertemuan terakhir berdepan pasukan di tangga ke-125 dunia itu berpihak kepada skuad kebangsaan dalam apabila menang 4-2 dalam pentas akhir Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, tahun lepas ketika dibawah kendalian Kim Pan-gon.
Sesi sidang media menjelang Perlawanan Antarabangsa Tier 1, India lwn Malaysia telah berlangsung di Stadium Gachibowli, Hyderabad, sebentar tadi.
Ia dihadiri oleh ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Pau Marti dan kapten, Dion Cools.#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/PqWn2FCtO5
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 17, 2024
Harimau Malaya menewaskan Laos 3-1 di Bangkok, Khamis lalu.
“Kami baru tiba pagi ini, kami berasa gembira setelah mendapat jemputan daripada pasukan India. Perlawanan ini sangat penting buat kami memandangkan kami dalam persediaan untuk kempen Kelayakan Piala Asia 2027 tahun depan.
“Semestinya India mahu bangkit kembali dan saya percaya kami akan melalui aksi yang sukar menjelang pertembungan esok nanti. Ini adalah persaingan dan peluang yang baik untuk kami esok.
“Piala ASEAN akan bermula lagi dua minggu dan memang benar kejohanan ini bukan dalam kalendar FIFA dan kemungkinan akan ada muka baru nanti tetapi saya mahu fokus perlawanan ini terlebih dahulu.
“Kami mempunyai pemain bagus tanpa mengira siapa yang ada mahupun tidak ada di sini, saya berasakan kami perlu fokus dengan pemain yang kami ada dan bersedia untuk beraksi dengan baik dan cuba dapatkan keputusan yang posiitif.” katanya dalam sidang media praperlawanan hari ini.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.