SHAH ALAM – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sehingga jam 9 malam.
MetMalaysia menerusi amaran cuaca yang dikeluarkan pada 5.45 petang ini memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah (Kuala Muda, Baling dan Kulim), Perak, Kelantan (Gua Musang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin) dan Selangor.
Turut terlibat ialah Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Port Dickson), Johor (Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Keadaan sama dijangka melanda Sarawak iaitu di Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Simunjan), Betong, Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu (Sebauh), Miri serta Limbang.
Sementara itu di Sabah melibatkan pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar dan Ranau), Tawau (Tawau), Sandakan (Tongod) dan Kudat (Kota Marudu).
Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.