Pemain skuasy wanita negara, S.Sivasangari, terpaksa akur apabila tewas kepada pemain dari Mesir, Amina Orfi, 8-11, 11-9, 12-10, 8-11, 11-6, dalam final Skuasy Terbuka Malaysia, di The Curve, Mutiara Damansara, sebentar tadi.
Juara kejohanan London Klasik 2024 itu memberikan saingan sengit kepada pemain di kedudukan ke-10 dunia itu dalam tempoh 1 jam 28 minit itu.
Pemain berusia 25 tahun itu sebelum ini hanya memerlukan tempoh 31 minit untuk menumpaskan lawan dari Scotland, Georgia Adderley dalam aksi separuh akhir untuk mara ke final.
Seorang lagi wakil perseorangan lelaki negara, Ng Eain Yow, akan beraksi menentang wakil dari Mesir, Youssef Soliman untuyk merebut gelaran Squash Terbuka Malaysia 2024.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.