UTMB Trail Run: Pengalaman azimat Wilsen Singgin tempuhi laluan licin

Wilsen Singgin berkongsi resepi kejayaannya menjuarai Cabaran Larian 50km UTMB Trail Run di Taiping dengan mendedahkan mengamalkan latihan dan menjaga pemakanan.

Peserta dari Kudat, Sabah, itu mencatat 6 jam 28.24 minit bagi meninggalkan wakil Denmark, Kristian Joergensen, yang memiliki catatan 6’35:43m.

Menurut Wilsen, larian kali ini lebih mencabar berikutan laluan licin disebabkan cuaca hujan lebat sepanjang saingan tetapi berbekalkan pengalaman sedia ada, ia bukan menjadi masalah buatnya.

Justeru, Penganjur Cabaran Larian UTMB Trail Run, Ewegene Tan, berpuas hati dengan kejayaan dalam penganjuran edisi kali ini.

Dia juga menerangkan isu laluan bagi larian acara 25km yang terpaksa dipendekkan atas faktor cuaca yang tidak mengizinkan.

Menerusi barisan pasukan pengurusan risiko yang cekap, dia bersyukur keselamatan pelari dan setiap individu terlibat terpelihara.

“Peringkat akhir pendakian agak mencabar berikutan laluannya yang licin dan pacak. 

“Ini kali keenam saya sertai larian di Taiping ini, pengalaman di sini sedikit sebanyak membantu larian saya,” katanya. 
 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply