Skuad hoki wanita negara kian menghampiri peringkat separuh akhir Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia Wanita (WACT) apabila menewaskan pasukan di tangga tercorot, Thailand, 2-0 dalam aksi terakhir pusingan roundrobin di Stadium Hoki Universiti Sukan Bihar, Rajgir.
Dalam perlawanan itu, gol pukulan sudut penalti Nur Afiqah Syahzani Azhar meletakkan Malaysia di depan pada minit ke-41 sebelum Nur Iman Adawiyah Mohd Suhaimi menggandakan kelebihan itu menerusi gol padangnya pada minit ke-53.
Keputusan itu menyaksikan Malaysia untuk seketika melonjak ke tangga ketiga liga sepusingan itu dan perlu menunggu keputusan dua perlawanan lain untuk mengetahui nasib mereka.
Sebagai rekod hanya empat pasukan teratas pusingan roundrobin akan layak ke separuh akhir.
Peluang tampak cerah buat pasukan bimbingan Nasihin Nubli itu kerana jika Korea Selatan seri atau tewas kepada pasukan di tangga kedua, China, Malaysia akan layak ke separuh akhir.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.