GEORGE TOWN – Syarikat pengendali perkhidmatan bas Rapid Penang, Rapid Bus Sdn Bhd menafikan ada menawarkan pas perjalanan tanpa had Pas Mutiara dengan harga RM14 selama enam bulan.
Rapid Bus menerusi satu kenyataan di sini berkata, promosi yang disebarkan melalui Facebook milik Pengangkutan Awam Pulau Pinang berkenaan tawaran pas itu adalah tidak sah dan bukan inisiatif yang dikeluarkan oleh Rapid Penang.
“Kami ingin menegaskan bahawa sebarang promosi atau tawaran yang melibatkan produk dan perkhidmatan Rapid Penang hanya akan diumumkan melalui saluran rasmi media sosial Rapid Penang sahaja.
“Rapid Bus juga ingin menegaskan bahawa tindakan pihak yang bertanggungjawab atas penyebaran maklumat palsu ini adalah salah di sisi undang-undang dan telah mencemarkan imej syarikat,” katanya menerusi kenyataan di sini, pada Ahad.
Selain itu, Rapid Bus telah membuat laporan polis dan memohon orang awam berhati-hati dan tidak terpedaya dengan maklumat, iklan atau tawaran yang tidak rasmi.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.