Pemecah Kemarau 53 Tahun! Kenali Sandra Lim, Top 30 Miss Universe 2024

Akhirnya setelah 53 tahun, nama Malaysia kembali dilaungkan di pentas Miss Universe sebagai semi-finalis. Satu kejayaan yang dinantikan sekian lama oleh banyak pihak.

Kali terakhir wakil Malaysia berjaya bergelar semi-finalis adalah pada tahun 1970 menerusi perwakilan Josephine Lena Wong. Untuk pengetahuan pembaca, Josephine merupakan ibu kepada Miss Universe Malaysia 2004, Andrea Fonseka.

Biarpun begitu, Andrea tidak berjaya mengulangi kejayaan ibunya itu di pertandingan berprestij itu.

Kejayaan Sandra Lim atau nama penuhnya Sandra Lim Shue Hui menempatkan diri dalam kelompok top 30 menjadi satu detik manis khususnya pageant lovers yang sudah lama mahu mendengar nama Malaysia muncul sebagai antara yang terbaik.

Merupakan anak jati Selangor dan memiliki ketinggian 175cm, Sandra bukanlah orang baharu dalam dunia ratu cantik.

BACA JUGA: Wakil Denmark Dinobat Sebagai Miss Universe 2024. Nigeria Di Kedudukan Naib Juara

Sebelum ini dia pernah bergelar Miss Global Malaysia 2022 dan berjaya menang kedudukan naib juara di pertandingan Miss Global 2022 yang diadakan di Bali, Indonesia.

Berusia 23 tahun, Sandra bukanlah tin kosong, merupakan seorang yang mementingkan pendidikan, dia merupakan seorang graduan dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dari City University Malaysia (CityU).

Paling membanggakan Sandra bergelar pelajar terbaik atau valedictorian sekaligus diberi peluang untuk menyampaikan ucapan ketika hari konvokesyen.

Bukan sekadar cantik, Sandra merupakan seorang atlet dalam sukan Wushu. Jadi tidak hairanlah ketika melakukan aski di sesi Kostum Nasional Miss Universe 2024, dia cukup tangkas dan bertenaga.

Miss Universe 2024 telah dimenangi oleh wakil Denmark, Victoria Kjær Theilvig.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

 

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply