Wakil Denmark Dinobat Sebagai Miss Universe 2024. Nigeria Di Kedudukan Naib Juara

Pertandingan Miss Universe 2024 baru sahaja melabuhkan tirainya menyaksikan wakil Denmark, Victoria Kjær Theilvig dinobatkan sebagai juara.

Baru berusia 21 tahun, Victoria berjaya mengalahkan 124 peserta lain yang datang dari seluruh pelusuk dunia dan dia mencipta sejarah tersendiri apabila bergelar wakil pertama dari Denmark yang menjuarai pertandingan berprestij itu.

Daripada 125 peserta, para peserta yang dinilai prestasi mereka sepanjang pertandingan dikecilkan ke 30 peserta terbaik dan kemudiannya ke kedudukaan 12 terbaik dan seterusnya kelompok lima terbaik untuk berdepan sesi soal jawab.

Dalam sesi soal jawab, Victoria ditanya berkenaan bagaimana dia mahu hidup berbeza jika tiada sesiapa yang akan menghakimi setiap tingkah perlakuannya.

“Saya tidak akan mengubah cara saya menjalani hidup. Kita belajar daripada kesilapan, kita belajar setiap hari, kita belajar sesuatu yang baharu dan kita perlu mengambilnya untuk dibawa ke masa depan. Dan sebab itulah, hari demi hari, saya hanya perlu kekal positif. Saya mahu mengubah sesuatu,” ujarnya.

Dalam soalan kedua yang mana kesemua peserta top 5 menerima soalan yang sama, mereka ditanya, “Miss Universe telah memberi inspirasi kepada generasi wanita, apakah mesej anda kepada mereka yang memerhati anda?”

Jawab Victoria,  “Pesanan saya kepada seluruh dunia yang sedang menyaksikan di luar sana adalah, tidak kira dari mana anda berasal, tidak kira masa lalu anda, anda sentiasa boleh menjadikannya kekuatan anda. Ia tidak akan pernah menentukan siapa diri anda. Anda hanya perlu terus berjuang.

“Saya berdiri di sini hari ini kerana saya mahukan perubahan. Saya mahu mencipta sejarah. Dan itulah yang saya lakukan malam ini, jadi jangan pernah berputus asa. Sentiasa percayakan diri anda dan impian anda. Dan itulah yang kita semua perlu lakukan.”

Selain Victoria yang bergelar juara, mengisi kedudukan lima terbaik adalah wakil Nigeria Chidimma Adetshina yang merupakan naib juara manakala Maria Fernanda Beltran dari Mexico pula mengisi tempat ketiga.

Melengkapkan kedudukan top 5 adalah wakil Thailand, Opal Suchata dan wakil Venezuela, Ileana Marquez, masing-masing berada di kedudukan keempat dan kelima.

Wakil Malaysia, Sandra Lim pula mencipta sejarah apabila berjaya bergelar peserta kelompok 30 terbaik dan semifinalis setelah kali terakhir Malaysia berjaya pada tahun 1970.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply