Amorim janji perubahan United seawal perlawanan pertama

Amorim. Foto AFP

PENGENDALI Manchester United, Ruben Amorim berjanji peminat akan dapat melihat idea yang mahu diterapkan dalam pasukan itu seawal perlawanan pertamanya menentang Ipswich Town pada 24 November.

Amorim tiba di United pada Isnin untuk mengambil alih tugas secara rasmi daripada pengurus sementara Ruud van Nistelrooy.

Sehari kemudian, Amorim dilaporkan bertemu beberapa pemain United termasuk Luke Shaw, Kobbie Mainoo, Leny Yoro, Mason Mount dan Toby Collyer.

“Saya rasa anda akan melihat idea. Anda boleh suka atau tidak, saya tidak tahu. Anda akan melihat sesuatu yang kami mahu capai dan anda akan merasainya.

“Anda perlu tahu bahawa ia hanyalah dua latihan sebelum perlawanan pertama. Ini adalah liga terbaik di dunia. Tetapi jika saya perlu mengatakan sesuatu, anda akan melihat idea. Ini saya boleh jamin.

“Ramai orang kini bercakap tentang 3-4-3 dan 4-3-3 dan semua perkara itu. Tetapi, apabila saya berfikir sebagai pemain atau rakan sepasukan Manchester United, ia bukan satu sistem atau formasi – ia seperti watak pemain, cara mereka melihat kelab.

“Jadi, kami perlu fokus pada perkara itu sebelum segala-galanya (dari segi) bagaimana kami bermain, bagaimana kami menekan perlawanan. Perkara yang paling penting bagi saya, pada masa ini, adalah untuk mencipta prinsip, identiti dan watak,” katanya.

Amorim menegaskan penting bagi United untuk segera memenangi perlawanan mereka walaupun memerlukan masa untuk menyampaikan ideanya secara menyeluruh.

“Untuk memenangi masa adalah untuk memenangi perlawanan tetapi perkara paling penting bagi saya ialah identiti.

“Sudah tentu, kami akan membuat persediaan (untuk) perlawanan itu (menentang Ipswich Town), tetapi kami akan banyak memberi tumpuan dalam model permainan kami,” katanya.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply