Belanda menempah slot ke suku akhir Liga Negara-Negara UEFA dengan kemenangan selesa 4-0 ke atas Hungary awal pagi tadi.
Dua sepakan penalti yang disempurnakan Wout Weghorst dan Cody Gakpo membenarkan tuan rumah mengawal rentak permainan sebelum Denzel Dumfries dan Teun Koopmeiners memastikan mereka menamatkan cabaran saingan Kumpulan A3 di tempat kedua di Johan Cruijff ArenA.
Secured a spot in the #NationsLeague quarter-finals! ?#NothingLikeOranje #NEDHUN pic.twitter.com/nF6bqwCUKF
— OnsOranje (@OnsOranje) November 16, 2024
Bosnia-Herzegovina menjadi lawan terakhir Belanda dalam aksi peringkat kumpulan dan ia merupakan sebagai pelengkap jadual selepas slot ke suku akhir telahpun diperoleh menerusi kemenangan awal pagi tadi.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.