Jom ketahui rejim kecantikan pelakon cantik, Bella Dowanna Halim, kulitnya nampak sihat walau tanpa mekap. Ramai yang suka tengok!
Bukan hanya kerana bakat lakonannya tetapi kecantikan yang dimilikinya juga menjadi perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya di kaca televisyen.
Rejim Kecantikan Bella Dowanna
Menerusi portal Eh!, Bella berkongsi beberapa produk kecantikan yang diamal dan setakat ini sangat membantu buat kulit wajahnya sihat tanpa cela. Haa.. pastikan anda rajin ikut 5 langkah ini kalau nak cantik!
Langkah Pertama: Penghapus Solekan
Bella memulakan rutin cantiknya dengan memastikan wajahnya bersih dari sisa solekan. Dia memilih remover pad dari Hatherine, yang di anggap lebih mudah dan berkesan. Dengan jadual kerjanya yang padat, Bella merasakan penggunaan toner pad lebih praktikal, membantu menghapuskan solekan dengan cepat, saiznya yang kecil, mudah untuk dibawa kemana-mana.
Langkah Kedua: Pembersih Wajah
Memiliki kulit sensitif dan kombinasi, Bella berhati-hati dalam memilih produk pembersih muka. Dua pencuci muka kegemarannya adalah Avocado Ceramide Moisture Barrier Cleanser dari Glow Recipe dan Vinopure dari Caudalie. Bella menggunakan secara bergilir mengikut ‘mood’ pada hari tersebut.
Avocado Ceramide Moisture Barrier Cleanser terkenal dengan kemampuannya untuk membekalkan kelembapan, manakala Caudalie Vinopure pulaberfungsi untuk membersihkan rajah secara lembut sambil merawat pori-pori.
Langkah Ketiga: Serum
Serum adalah komponen penting dalam rutin penjagaan kulit Bella. Dia mempunyai tiga serum kegemaran yang digunakan bergantung pada keperluan kulit pada hari tertentu. Apabila kulit terasa kering, dia memilih serum dengan tekstur lebih pekat seperti Caudalie Vinoperfect atau Estée Lauder Advanced Night Repair.
Sebaliknya, pada hari-hari lain, dia menggunakan serum yang lebih ringan seperti Innisfree Vitamin C Green Tea Enzyme Brightening Serum yang membantu mengekalkan kelembapan sepanjang hari.
Langkah Keempat: Pelembap Wajah
Memiliki kulit wajah kombinasi, Bella memerlukan penjagaan khusus untuk menyeimbangkan kawasan kering dan berminyak pada wajahnya. Bella berpendapat, jangan selalu menukar sesuatu produk jika kulit kita sudah serasi dengannya.
Pelembap harian kegemaran yang digunakannya adalah, Dr Jart+ Cicapair yang memberikan kelembapan mendalam pada kulit. Dia juga sering melakukan teknik layering bersama produk lain seperti Dr Jart+ Vital Hydra Solution untuk menambah kelembapan pada kulitnya.
Langkah Kelima: Pelindung Matahari
Pelindung matahari adalah langkah terakhir dan penting dalam rutin kecantikan. Bella memilih sunscreen dari Dr Dennis Gross kerana teksturnya yang ringan dan cepat menyerap ke kulitnya, memberikan perlindungan yang diperlukan tanpa rasa berat.
Dia juga sering bergilir-gilir bersama sunscreen dari Melixir Vegan Airlift untuk memastikan kulitnya sentiasa terlindung dari sinaran UV.
Ya, itu sahaja rutin kecantikan kulit wajahnya buat masa ini. Jika anda masih mencari set penjagaan wajah yang selamat untuk kulit, mungkin boleh cuba 5 produk ini juga.
Selamat bercantik-cantik!
Gambar: Bella Dowanna Halim
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.