Peluang mereka kekal dalam program kebangsaan tipis — Robert Ballard berang atlet elit abai penyertaan

Kehangatan Kejohanan Olahraga Cahya Mata Sarawak Super Series Final 2024 di Stadium Petra Jaya Kuching, Sarawak ketika ini seakan-akan tidak lengkap tanpa kehadiran atlet elit negara.

Individu paling berang dengan senario itu ialah Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard, yang membayangkan satu tindakan drastik dalam masa terdekat.

Difahamkan, sebilangan besar atlet berkenaan tidak mahu menyertai siri terakhir di Sarawak itu atas beberapa faktor luar balapan.

Meskipun mengakui ada dalam kalangan mereka yang masih cedera, Ballard berkata dia mengikuti rapat perkembangan setiap atlet dan tahu siapa yang sengaja tidak hadir ke kejohanan itu.

Menerusi perkongsiannya bersama wartawan Astro Arena, Karl Nunis, Ballard juga memaklumkan peluang atlet elit untuk kekal berada dalam program kebangsaan tahun depan amat tipis.

“Kami sudah bertemu mereka dan sedang menamakan siapa yang bakal berada dalam Program Podium dan Program Pelapis untuk tahun depan. Ia akan diselesaikan dalam tempoh seminggu dua ini.

“Terdapat beberapa atlet di luar negara yang sedang diberikan perhatian ketika ini untuk memastikan sama ada mereka perlu berada dalam struktur sokongan, termasuk jurulatih, atau tidak.

“Semua orang boleh berada di dalamnya (program itu) dan jika kami dapat melihat peningkatan dan mereka boleh berada di posisi kedua atau ketiga teratas dalam negara, mereka past menyukarkan kami untuk  membuat pilihan.

“Mereka semua akan memperoleh peluang untuk berada dalam program sokongan,” katanya.
 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply