Jonathan Nyepa kekal sukar digugat dalam dalam Kejohanan Olahraga Cahya Mata Super Series apabila mengunggli acara 100m dalam pusingan terakhir Cahya Mata Sarawak Super Series Final 2024 di Stadium Petra Jaya Kuching, Sarawak petang tadi.
Acara tumpuan reben biru itu bagaikan ulangan final Sukan SEA Kala Lumpur 2017 apabila bekas raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan, membuat kemunculan semula selepas berehat lebih enam bulan ekoran kecederaan abdomen.
Seperti dijangka, Jonathan dan The Speedy Jantan mendominasi saingan dari awal sehingga ke garisan penamat.
Jonathan menamatkan saingan dengan pingat emas selepas melakukan catatan 10.46 saat, yang merupakan emas ketiganya selepas mengungguli saingan di Terengganu dan Perlis sebelum ini.
Pelari berusia 28 tahun itu membuktikan usia bukan penghalang untuk mengekalkan reputas di negeri kelahirannya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.