Pertahanan Selangor, Umar Eshmurodov, menjadi tumpuan laman rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarbangsa (FIFA) selepas aksi cemerlangnya bersama skuad Uzbekistan dalam kempen pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
Pemain berusia 31 tahun itu optimis skuad negaranya mampu mencipta sejarah mara ke peringkat akhir Kelayakan Piala Dunia buat kali pertama.
Dia menjadi watak penting dalam memacu pasukannya berada di kedudukan kedua Kumpulan A selepas mengumpul 10 mata hasil daripada tiga kemenangan, satu seri dan satu tewas selepas lima perlawanan.
“Kami mempunyai peluang cerah untuk layak ke Piala Dunia. Warga Uzbekistan teruja dengan perkara itu dan kami hanya perlu menyelesaikan tugas dan lakukan yang terbaik dalam setiap perlawanan.” katanya.
Umar merupakan tonggak penting dalam membantu Selangor dalam saingan Liga Juara-Juara (ACL) 2 dengan kini The Red Giants berada di kedudukan kedua dengan tujuh mata selepas empat perlawanan.
Negaranya akan meneruskan cabaran berdepan Korea Utara Selasa ini.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.