KUALA LUMPUR – Komposer tersohor, Datuk S Atan atau nama sebenarnya Hashim Said, meninggal dunia pada usia 75 tahun.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kajang pada jam 3.23 petang Sabtu.
Sebelum ini, komposer yang banyak menghasilkan lagu tradisional serta lagu hari raya malar segar itu pernah dirawat di hospital akibat masalah buah pinggang dan angin ahmar.
Allahyarham juga pernah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan pada September lalu akibat jangkitan kuman dalam paru-paru. – Awani
AKAN MENYUSUL
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.