Zaidatul Husniah Zulkfli mengekalkan status sebagai ratu pecut negara apabila mengungguli acara 100 meter wanita dalam Kejohanan Olahraga Cahya Mata Sarawak Super Series Final 2024 di Stadium Petra Jaya Kuching, Sarawak sebentar tadi.
Kejayaan itu turut menyaksikan pelari kelahiran Alor Setar, Kedah berusia 31 tahun itu dinobatkan sebagai juara keseluruhan acara berkenaan dalam siri perlumbaan enam kejohanan itu.
Terdahulu, dalam siri perlumbaan kelima di Perlis bulan lalu, Zaidatul Husniah turut memecahkan rekod kebangsaan yang dipegang G. Shanti sejak 1993 apabila mencatatkan 11.49s untuk bergelar juara.
Dalam perlumbaan terakhir di Sarawak hari ini, pelari Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) itu melakukan catatan 11.53s, jauh meninggalkan pelari lain, untuk menambah satu lagi gelaran musim ini.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.