Dari kebun ke podium UTMB Ultra Trail Run — itulah gambaran paling tepat untuk satu-satunya wakil negara, Milton Amat, yang gah mengakhiri saingan di kedudukan podium.
Dia menamatkan cabaran merentasi laluan sejauh 100km yang bermula di Taiping itu dengan catatan masa 12’2:18 saat.
Petani sayur di kampung halamannya di Gunung Kinabalu, Sabah, itu sempat berkongsi rahsia di sebalik kejayaan meskipun sudah berusia 42 tahun.
Dari petani ke podium UTMB! ?
Inilah dia Milton Amat 42 tahun, satu-satunya wakil negara yang sudah mengesahkan slot ke larian 100miles Mont Blanc Ogos tahun depan.
Tahniah dan Happy Birthday, abang Milton! @ASTROARENA pic.twitter.com/TnjwMprZBZ
— Fatin Ruzaiman (@fateenshazwani) November 16, 2024
Kejayaan ini turut menyaksikan Milton bersama dua lagi pemenang utama berjaya mengesahkan slot ke Cabaran Larian UTMB Mont-Blanc, Ogos tahun depan.
“Saya iada masalah yang serius. Saya tidak sempat kejar peserta ketika pendakian Bukit Larut,” katanya selepas garis penamat.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.