Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengakui tidak daya untuk menghalang tindakan ketua jurulatih negara, Pau Marti Vicente.
Pengendali kelahiran Sepanyol itu memutuskan untuk menghantar pulang tiga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang merangkumi Matthew Davies, Feroz Baharudin dan Arif Aiman Hanapi bagi persediaan bertemu Kuala Lumpur Rovers FC dalam pusingan 16, Piala Malaysia, Rabu depan.
Situasi itu meninggalkan skuad Harimau Malaya dengan 23 pemain dalam kunjungan ke Hyderabad bertemu India, Isnin ini.
Dalam masa sama, badan induk itu tidak menafikan kemungkinan persediaan Piala ASEAN 2024 tanpa kelibat pemain JDT.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.