Kisah Mike Tyson pernah ditemu ramah pembunuh bersiri

Pada 2006, Mike Tyson telah dipesan oleh pihak pengurusannya bahawa ada seorang wartawan sukan sedang menantinya di gimnasium ingin menemu bualnya. 

Tyson memberikan kerjasamanya dalam sesi temu ramah itu tetapi beberapa hari selepas itu, venue latihannya dikepung polis yang mendapati peninju berkenaan pernah bergambar sambil berjabat tangan dengan seseorang dan ia dimuat naik di sebuah laman sosial.

Individu itu sebenarnya merupakan seorang pembunuh bersiri yang mencipta huru-hara di Phoenix, Arizona, iaitu Dale Hausner.

Tyson terkejut bukan kepalang memandang dalam sesi wawancara itu, dia menyifatkan Hausner sebagai individu yang lemah dan sopan yang tidak menimbulkan sebarang syak wasangka. 

Hausner sudah pun menemui ajalnya di dalam penjara pada 2013, malah pada 2009 di samping sekutunya, Samuel Dieteman — yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup —  mengakui telah membunuh lebih 80 orang dengan melepaskan tembakan ke arah orang awam termasuk 19 orang tercedera dan membunuh 10 ekor haiwan. 

Disebabkan kejadian itu, Tyson menyeru kepada peningkatan kesedaran terhadap isu pas media selain kepekaan terhadap keadaan sekeliling.
 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply