Info Siaran Masters Jepun: Sensasi Jun Hao buru slot ke final!

Tiga wakil negara bakal turun ke gelanggang bakal memburu slot ke pentas akhir Masters Jepun!

Gandingan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai menjadi wakil pertama yang bakal beraksi di pentas Gimnasium Wilayah Kumamoto apabila mereka bakal berdepan  Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dari Thailand.

Beregu lelaki profesional, Tan Wee Kiong-Nur Azryn Ayub yang melakar kejutan apabila melangkah ke separuh akhir bertemu pilihan keenam dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi. 

Sementara dalam acara perseorangan lelaki, Leong Jun Hao bakal mencari ramuan untuk meneruskan sensasi di Jepun apabila dia berdepan Jonatan Christie dari Indonesia yang melangkah ke separuh akhir dengan mengatasi Lee Zii Jia di suku akhir semalam. 

Saksikan secara langsung menerusi saluran Astro Badminton 815 bermula sekarang!


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply