SEMARANG – Sosok tubuh seorang lelaki terapung di dalam sebuah parit menggemparkan penduduk setempat pada Jumaat.
Insiden di Jalan Pahlawan Semarang, wilayah Jawa Tengah, Indonesia itu turut menjadi tular di media sosial.
Rupa-rupanya lelaki itu masih hidup, namun punca dia berada dalam keadaan sedemikian tidak diketahui.
“Pada mulanya, orang ramai menyangka ia adalah mayat kerana tubuhnya kelihatan kaku dalam keadaan terlentang dengan tangannya memegang perut manakala kakinya dalam posisi menekuk ke bawah,” lapor media tempatan.
Beberapa akaun media sosial juga menyebut tentang ‘penemuan mayat’ yang memakai seluar panjang berwarna hitam dan kemeja T berwarna merah gelap.
“Siasatan yang dilakukan mendapati lelaki itu adalah orang dalam gangguan jiwa atau ODGJ yang sedang ketiduran,” jelas laporan itu lagi.
Perkara itu itu turut disahkan jurucakap polis setelah kejadian itu mendapat perhatian ramai.
“Iya, lelaki itu ODGJ yang sedang lena tidur,” kata Kompol Sucipto di Kepala Kepolisian Sektor (Kapolsek) Semarang Selatan. – Agensi
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.